Tuesday, February 11, 2014

MASA DAN WAKTU TERBAIK UNTUK MELAKUKAN TRADING

Masa Yang Terbaik Untuk Melakukan TRADING FOREX :

Pasaran forex di buka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Seseorang trader tidak dapat menjangka bagaimanakah pergerakkan pasaran seterusnya, tetapi ianya boleh dilakukan pada waktu yang menguntungkan sahaja. Jadi, pada waktu yang menguntungkan inilah yang perlu kita aplikasi segala strategi untuk trading. Waktu yang dipaparkan adalah untuk waktu tempatan Malaysia (GMT) .


Waktu terbaik untuk melakukan trading adalah:

Sesi Pasaran Asia ( 8AM – 5PM).
Pada waktu ini, trading yang sesuai anda lakukan adalah matawang yang berkaitan “Yen”. USD/JPY adalah pilihan pair yang terbaik untuk trading pada waktu ini. Pada waktu ini pasaran tidak serancak seperti sesi pasaran US dan Eropah, tetapi ianya tidak mustahil untuk mencapai trading yang menguntungkan pada ketika ini.

Sesi Pasaran Eropah ( 3PM – 1AM).
Ini adalah waktu yang paling terbaik untuk melakukan trading bagi apa-apa pair yang berkaitan dengan EUR. Ini kerana pasaran Major akan di tutup pada waktu ini dan semestinya market akan bergerak ke satu arah sahaja.

Sesi Pasaran U.S. ( 9PM – 6AM).
Ini juga adalah waktu yang sesuai untuk melakukan trading khasnya untuk pair USD/CAD. Trend pasaran juga amat kuat pada ketika ini.

Selain itu, antara jam 9PM hingga 1AM, tempoh ini adalah waktu di mana dua sesi pasaran bertembung iaitu pasaran U.S. dan Eropah. Pair yang di cadangkan untuk sesi ini adalah GBP/USD yang mempunyai trend yang agak kuat pada ketika ini. Kebiasaanya tempoh ini adalah “Trend Up” bagi pair ini. Pada waktu ini juga kebiasaanya berita-berita ekonomi akan di keluarkan. Matawang GBP/JPY juga sesuai untuk trading pada waktu selepas pengumuman news, kebiasaanya selepas pukul 12AM dan ke atas.

Sekarang anda sudah mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk anda meningkatkan keuntungan di forex. Pada waktu tersebutlah anda harus mengaplikasikan segala strategi dan kajian yang anda miliki. Sebaiknya semasa anda membuat analisa, gunakan lebih daripada satu pair matawang kerana kebiasaanya ianya berkait rapat antara satu sama lain contohnya:

GBP/JPY | GBP/USD | USD/JPY | EUR/JPY (Bergerak satu arah)
EUR/USD | USD/CHF (Bergerak bertentangan arah)



*Yang penting sekali, apabila kita melakukan trading di forex, kesabaran dan displin adalah perkara nombor #1 yang harus anda patuhi. Buangkan ego anda semasa trading.

3 comments:

  1. jika punya skill yang baik maka trader bisa melakukan trading kapan saja tanpa banyak masalah dalam mendapatkan preduksinya, apalagi dengan kemudahan menggunakan akun tarding dengan menggunakan webtarder di octafx maka lebih mudah dalam mengakses chart

    ReplyDelete
  2. dengan sekilas ane lihat website dari broker ACY ini, yang menyediakan fasilitas seperti kursus online, spread rendah dan tingkat keamanan dana terpercaya, namun ane kurang minat gan dimana leverage dari ACY ini sangat kecil. dan saran ane sih coba leverage nya dibesarin dikit, supaya nantinya banyak trader yang akan mencoba gabung ke ACY.

    ReplyDelete
  3. Untuk awalnya sih ane masih ragu untuk coba gabung bersama ACY, namun tetapi dimana setelah ane coba gabung bersama ACY, ternyata ACY ini benar benar is the best broker deh, dengan dimana cepatnya dalam masalah eksekusi, pelayanan yang ramah, terpercaya dana trading, bonus promo yang ada menarik, bangga dan puas deh telah gabung nya bersama broker terbaik seperti ACY ini

    ReplyDelete